Harga Jualan Vivo X50 Dikemaskini – Kini Berharga RM1999

TechnologyDigital
13 Jan 2021 • 10:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada asalnya, Vivo X50 telah dilancarkan sekitar Julai lalu dengan tanda harga RM2,399. Bagaimanapun, Vivo kini dilihat hadir dengan penawaran menarik buat semua pengguna dengan menjualnya pada harga RM400 lebih rendah berbanding harga asal. Melaluinya, pengguna kini boleh mendapatkan Vivo X50 pada harga RM1,999 sahaja. Bagi yang berminat, ia boleh dibeli menerusi sejumlah platform berbeza seperti Lazada dan Shopee.

image is not available

Vivo X50 dilengkapi skrin bersaiz 6.56-inci AMOLED FHD+ dengan skrin kadar segar semula 90Hz. Ia juga menggunakan cip Snapdragon 765G, GPU Adreno 620, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4,200mAh dengan pengecasan 33W. Konfigurasi kamera terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (ultra-lebar) + 13-Megapixel (Telefoto) + 5-Megapixel (Makro). Sementara, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel.