Aplikasi Google Photos Untuk Android Dikemaskini Dengan Sokongan Antaramuka Tablet

TechnologyDigital
26 Jan 2021 • 11:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bertahun lamanya Google Photos dilancarkan sebagai aplikasi galeri tersendiri Google dan juga aplikasi membuat sandaran awanan. Tetapi Google Photos hanya seronok digunakan pada telefon pintar dan mod desktop. Jika digunakan pada tablet, ia akan menjengkelkan kerana antaramukanya hanyalah rekaan untuk telefon yang dibesarkan.

image is not available

Terkini 9to5Google telah menemui yang Google Photos dikemaskini khusus untuk tablet Android. Antaramuka untuk tablet kini direka khusus untuk tablet di mana bar di bahagian bawah telah dipindahkan ke bahagian sisi. Semua akses kepada  Photos, Explore, Archive, Trash dan banyak lagi kini berada di sisi. Kemudian bar carian turut disertakan di bahagian atas.

Google Photos untuk tablet ini membawakan pengalaman penggunaan seakan di desktop. Ia mudah digunakan dan lebih selesa. Tetapi sayang sekali, untuk iPad masih kekal sama lagi. Buat masa ini ia terhad kepada tablet Android.

Muat turun Google Photos Di Play Store