Garmin Instinct Esports Edition Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1399

TechnologyDigital
29 Jan 2021 • 4:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin mempunyai reputasi sebagai pengeluar jam tangan pintar yang digunakan oleh atlet bagi mengukur prestasi tubuh ketika melakukan aktiviti sukan. November lalu Garmin Instinct Esports Edition yang direka khusus untuk digunakan oleh atlet esukan telah dilancarkan dan ia akhirnya kini boleh dibeli di Malaysia pada harga RM1399.

image is not available

Dengan jam tangan pintar ini, bacaan nadi dan tekanan pemakai boleh distrim secara langsung kepada penonton. Ia masih lagi dengan kesemua ciri asas jam tangan Garmin lain iaitu sensor pembaca nadi, GPS, barometer, penjejakan tidur dan kompas.

Apabila di dalam mod esukan, pemakai boleh memaparkan bacaan nadi dan tekanan sehingga 80 jam berterusan. Tetapi dalam mod jam tangan biasa ia boleh beroperasi sehingga 14 hari. Selain itu terdapat jam jangka yang menunjukkan berapa lama sesi permainan video berlangsung bagi mengingatkan pemakai untuk berehat.