Siri OnePlus 7/7T Akhirnya Menerima Kemaskini Android 11 – Tetapi Masih Beta Pertama

TechnologyDigital
21 Jan 2021 • 3:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri OnePlus 7 adalah antara perubahan besar yang OnePlus bawakan. Ia mempunyai rekaan yang premium, skrin yang cantik, kamera yang bagus serta pengalaman Oxygen OS yang menyeronokkan. Kejayaan OnePlus 7, lebih-lebih lagi OnePlus 7 Pro diteruskan kepada OnePlus 7T dan 7T Pro. OnePlus 7T menjadi antara peranti yang saya sendiri gemar.

image is not available

Tetapi selepas OnePlus melancarkan OnePlus 8, siri Nord mereka dan Carl Pei keluar dari OnePlus – kemaskini pantas yang terkenal pada peranti-peranti OnePlus menjadi semakin perlahan. Sudah masuk tahun 2021, siri OnePlus 7/7T masih tidak mempunyai kemaskini Android 11 yang stabil.

image is not available

Hanya baru-baru ini, OnePlus tawarkan kemaskini Oxygen OS 11 berasaskan Android 11 untuk keempat-empat peranti ini. Tetapi itu pun masih dalam bentuk beta pertama. Bagi anda yang tidak sabar menggunakan Android 11 pada peranti anda, boleh rujuk pautan di bawah untuk muat turun versi beta.

Tidak pasti lagi bila kemaskini stabil akan diedarkan. Tetapi syukur, OnePlus masih tidak melupakan peranti lama mereka.

Sumber: Forum Rasmi OnePlus [1] & [2]