Maszlee Malik Melancarkan Sophia – Platform Pembelajaran Percuma Secara Atas-Talian

TechnologyDigital
2 Jan 2021 • 3:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mantan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik hari ini telah melancarkan sebuah platform baru memfokuskan pembelajaran secara atas-talian, dinamakan Sophia.

Sophia menawarkan halaman setempat untuk rujukan bahan pembelajaran secara atas-talian. Melaluinya, ia menawarkan akses kepada sejumlah video mengikut mata pelajaran, dan juga tahap pembelajaran.

Pelajar boleh menonton video padanya secara percuma, dan mengikuti pelbagai topik daripada tenaga pengajar berbeza-beza.

Buat masa ini, sekitar 13,000 kandungan telah tersedia pada Sophia. Selain untuk pelajar, para guru juga turut dialu-alukan untuk berkongsi bahan pendidikan mereka bersama yang lain.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman Sophia hari ini, dan menggunakannya dalam pembelajaran harian secara percuma.

Layari : Sophia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved