Banjir Perak pulih sepenuhnya, pusat pemindahan sementara ditutup

11 Jan 2021 • 11:42 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 11 JAN:  Banjir yang melanda Perak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak ditutup 9 pagi ini.

Pengerusi Bencana Daerah Hilir Perak Mohd Hizaz Mohd Ibrahim berkata semua 44 mangsa di PPS berkenaan yang dibuka sejak 4 Jan lepas, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan di kawasan terjejas beransur pulih.

“Terima kasih kepada agensi kerajaan, tok penghulu, individu, NGO dan semua pihak yang bertungkus lumus membantu serta menyelaras selia PPS dengan terbaik sepanjang beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

– BERNAMA

The post Banjir Perak pulih sepenuhnya, pusat pemindahan sementara ditutup appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved