Telegram Sedang Membangunkan Ciri Mengimport Mesej Daripada Aplikasi Permesejan Lain – Termasuk WhatsApp

TechnologyDigital
28 Jan 2021 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telegram kini dilihat sedang membangunkan sebuah ciri yang memudahkan pengguna untuk mengimport perbualan daripada pelbagai aplikasi permesejan lain.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengguna beralih ke perkhidmatan Telegram, tanpa perlu risau kehilangan perbualan dan mesej mereka.

Ciri yang masih sedang dalam pembangunan ini dijangka akan memudahkan pengguna mengimport perbulaan daripada WhatsApp, Line, KakaoTalk dan sebagainya.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengguna untuk berpindah dari satu aplikasi ke aplikasi lain. Ini juga akan mengembirakan ramai pengguna – apatah lagi dengan masalah berkaitan privasi data melibatkan WhatsApp baru-baru ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Telegram akan memperkenalkan ciri ini secara rasminya kepada umum.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved