Shopee Kini Menawarkan Shopee Savings Pass Pada Harga RM2.25 – Dapat Satu Baucar RM5, Dan Dua Baucar Penghantaran Percuma

TechnologyDigital
18 Jan 2021 • 10:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada bulan  Disember lepas, kita telah melihat Shopee menawarkan Shopee Savings Pass, iaitu pelan langganan yang memberikan beberapa baucar pada suatu harga. Ketika itu, pas ini ditawarkan pada harga RM9.75. Apa pun, kini Shopee dilihat telah mengemaskini harganya, dan menawarkan ia pada harga RM2.25.

image is not available

image is not available

Melalui pembelian Shopee Savings Pass ini, ia memberikan satu baucar bernilai RM5 yang boleh digunakan untuk pembelian minima RM40, selain dua baucar penghantaran percuma yang dihadkan kepada RM5 setiap satu.

Ia tidak diketahui mengapakah harganya menurun mendadak.

Bagi anda yang sering berbelanja di Shopee, mungkin boleh menyemak penawaran ini, dan melakukan lebih penjimatan ketika berbelanja di Shopee.

Layari : Shopee Savings Pass