Shuib tinggalkan Hot FM

18 Jan 2021 • 10:10 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PENYAMPAI radio Hot FM,  Shuib mengumumkan bakal meninggalkan Geng Pagi Hot di Hot FM setelah dua tahun ke udara bersama.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, membuat pengumuman tersebut ketika ke udara bersama Geng Pagi Hot, hari ini.

Bagaimanapun, pelawak yang juga anggota kumpulan Sepahtu  itu akan ke udara buat kali terakhir di konti Hot FM bersama Shuk dan Fizie menerusi segmen Geng Pagi Hot, pada Jumaat, 22 Januari ini, bermula 6 pagi hingga 10 pagi.

Menurut Shuib, keputusannya meninnggalkan Hot FM kerana ingin menumpukan sepenuh perhatiannya kepada perniagaan yang dijalankan.

Shuib mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk dan Fizie dari jam 6 pagi hingga 10 pagi, setiap Isnin hingga jumaat.

Selain aktif dalam bidang seni, Shuib merupakan seorang usahawan yang giat menjalankan perniagaan termasuk produk minuman air boba berasaskan madu lebah, Bubble Bee.

 

(FOTO: Instagram Shuib Sepahtu)

 

The post Shuib tinggalkan Hot FM appeared first on Sinar Plus.