Peranti Xiaomi Akan Menggunakan Sistem Haptik Seakan PlayStation 5

TechnologyDigital
29 Jan 2021 • 10:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telefon mudah alih dengan sistem timbal balas haptik ialah Samsung SCH-a930 yang dilancarkan pada tahun 2007. Kini ini ialah sistem yang menjadi standard pada semua telefon pintar. Tetapi menurut laporan XDA Developer, Xiaomi akan memperkenalkan sistem haptik baru yang akan memberikan tindak balas yang lebih realistik mirip yang digunakan pada pengawal Dual Sense PlayStation 5.

image is not available

Dari tangkapan layar yang tertiris, pengguna boleh mod haptik Crisp, Base, dan Pop akan digunakan MIUI 12.5. Kesemua mod haptik ini bergantung kepada interaksi di skrin. Ia telahpun diaktikan pada beberapa peranti di China pada waktu ini tetapi tidak pada ROM global.

Menerusi sistem terbaru ini, pengguna dapat merasakan tindak balas seakan berinteraksi dengan objek di skrin. Sebuah demo permainan snooker boleh diuji supaya pengguna berpuas hati dengan haptik yang dipilih.

image is not available

Ini ialah dimensi baru haptik yang telah lama dinantikan. Tidak diketahui model peranti Xiaomi mana yang akan disokong. Sebelum ini sistem 3D Touch Apple diperkenalkan dengan kemampuan mengesan tekanan. Tetapi ia dihentikan pada tahun 2019 dan digantikan dengan Haptic Touch yang lebih asas.