Empat pasar tani malam di Sepang ditutup sepanjang PKP

14 Jan 2021 • 4:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 14 JAN: Empat pasar tani yang beroperasi pada waktu malam ditutup Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertua Dato’ Abd Hamid Hussain berkata penutupan membabitkan Pasar Tani Seroja, Pasar Tani Kosmopleks, Pasar Tani Warisan dan Pasar Tani Taman Dengkil Jaya.

“Bagaimanapun pasar tani yang beroperasi pada waktu pagi dan pasar pagi boleh dibuka. Yang ditutup hanya pasar tani malam dan pasar malam sahaja, ia selari dengan arahan Majlis Keselamatan Negara,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau menambah sebarang pindaan berhubung pembukaan semula pasar terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Pemakluman tarikh kembali berniaga untuk setiap peniaga hanya akan diedarkan melalui pesanan teks di telefon bimbit masing-masing bagi mereka membuat persiapan awal,” katanya.

Kerajaan memutuskan pelaksanaan PKP di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah selama 14 hari bermula semalam.

The post Empat pasar tani malam di Sepang ditutup sepanjang PKP appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved