JPJ Akan Memperkenalkan MyQ – Memudahkan Pengguna Mendapatkan Nombor Giliran Secara Atas-Talian

TechnologyDigital
2 Jan 2021 • 3:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mengatakan bakal memperkenalkan sistem MyQ pada awal tahun 2021 ini. Melaluinya, JPJ ingin mengurangkan kadar kesesakan pelanggan di kaunter JPJ.

Melalui MyQ, pengguna boleh mendapatkan nombor gilian secara atas-talian, sekaligus memudahkan pengguna berurusan dan tidak menghabiskan masa yang lama di kaunter khidmat pelanggan JPJ.

Kaedah ini juga selari dengan langkah pendigitalan yang mula diimplementasi oleh pelbagai agensi kerajaan di seluruh negara, selain memudahkan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh MKN.

JPJ mengatakan projek rintis MyQ akan diperkenalkan dibeberapa cawangan JPJ terpilih pada bulan Januari 2021 ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved