Selain TheNoor Pay, Neelofa Mungkin Lancar Platform E-Dagang, Noor Commerce

LocalTechnology
30 Jan 2021 • 9:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Umum pasti mengetahui yang pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa beberapa hari lalu sudahpun melancarkan aplikasi waktu solat dan gaya hidup muslim, TheNoor.

Tidak sampai sehari pelancaran aplikasi tersebut, portal Rnggt melaporkan yang Neelofa dijangka menawarkan e- dompet serta ciri pembayaran nirtunai yang dapat digunakan di kedai atas-talian mahupun di kedai fizikal melalui aplikasi sama.

image is not available

Bergelar TheNoor Pay, ia juga akan memudahkan pengguna untuk melakukan pembayaran zakat, tabarru’, dan wasiat secara terus pada TheNoor.

Lebih mencuri tumpuan apabila TheNoor Pay juga dijangka menawarkan kemudahan kad fizikal buat penggunanya; sekaligus memberikan keunikan berbanding dompet digital lainnya.

image is not available

Bakal hadir dengan Noor Commerce, platform e-dagang sendiri

Terbaru, Rnggt melaporkan yang Neelofa juga dalam perancangan untuk melancarkan platform edagang sendiri yang dinamakan sebagai Noor Commerce.

Jika benar apa yang dikatakan, ini adalah satu tindakan yang bijak memandangkan permintaan ekonomi Malaysia kini sudah mulai tertumpu kepada pembelian secara online.

image is not available

Malah, data yang menyatakan hampir 3/4 rakyat negara kita lebih selesa melakukan pembelian secara cashless pastinya dapat meningkatkan lagi pasaran edagang.

Apa-apa pun sama-sama kita tunggukan maklumat lanjut dari mulut usahawan itu sendiri.