TikTok kini boleh dikatakan diantara platform video ringkas dan media sosial yang pesat penggunaannya. Baru-baru ini, nampaknya mereka telah mula memperkenalkan sebuah ciri yang dinamakan Q&A yang memudahkan interaksi soal dan jawab diantara pencipta kandungan dan peminat-peminat mereka.
Melalui ciri Q&A ini, pengikut pencipta kandungan TikTok boleh menanyakan soalan, dimana pencipta tersebut boleh membalas kembali menggunakan teks ataupun video. Ciri baru ini membolehkan pencipta kandungan ini untuk melihat semua soalan-soalan yang diajukan melalui satu laman sahaja.
New! TikTok’s got a Q&A feature!
Creators can add Q&A button to profile allowing followers to leave questions which they can answer via video replies or in a livestream
h/t @Sphinx pic.twitter.com/aMHt4WGhyC
Ciri Q&A ini masih lagi didalam fasa ujian, dimana segelintir akaun dengan pengikut yang mempunyai sekurang-kurangnya 10,000 pengikut akan boleh mengaktifkannya melalui menu tetapan, dan selepas itu, sebuah butang Q&A akan kelihatan di bahagian profil akaun.
Seperti yang dikatakan, ciri ini masih lagi didalam fasa ujian, dan tidak semua akaun dengan 10,000 pengikut akan menerima ciri ini. TikTok mengatakan bahawa ia akan ditawarkan kepada lebih ramai pencipta kandungan dalam masa beberapa minggu lagi.


![[VIDEO] Gadis bela nyamuk sebagai haiwan peliharaan, ini cara Molly makan](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![“Bunyi rangup tu mmg buat terliur betul”- [VIDEO] Viral di TikTok Seluruh Dunia, Ramai Suka Resipi Kentang ‘Penyek’ Ni](https://cdn.newswav.com/img/topic/cooking.jpeg)