Amazfit GTR 2e Dan GTS 2e Kini Di Malaysia – Dijual Pada Harga RM549

TechnologyDigital
4 Jan 2021 • 11:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazfit GTR 2e dan Amazfit GTS 2e telah dilancarkan di China sekitar Disember lepas. Kedua-duanya hadir dengan spesifikasi dan rekaan yang sama seperti pendahulunya. Tetapi, berbeza dari segi ketahanan bateri dan tidak dilengkapi sokongan untuk Wi-Fi.

image is not available

Bagi yang berminat, kedua-dua jam tangan ini ditawarkan pada harga yang sama iaitu RM549 untuk seunit. Terdapat tiga pilihan warna untuk Amazfit GTR 2e iaitu Slate Grey, Matcha Green dan Obisidian Black. Sementara, Amazfit GTS 2e pula hadir dalam warna Lilac Purple, Moss Green dan Obsidian Black. Anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas taluan rasmi Amazfit di Lazada dan setiap pembelian didatangkan dengan jaminan waranti selama satu tahun.

image is not available

Untuk spesifikasi, Amazfit GTR 2e dilengkapi skrin 1.39-inci AMOLED (454 X 454), bateri sebesar 471mAh dengan ketahanan sehingga 24 hari (mod harian) atau 45 hari (mod asas), perlindungan kalis air 50 meter dan menyokong sejumlah sensor penjejak kesihatan dan mod sukan yang berbeza. Sementara, Amazfit GTS 2e pula mempunyai skrin 1.65-inci AMOLED, bateri 246mAh dengan ketahanan sehingga 14 hari (mod harian) atau 24 hari (mod asas), sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan mod sukan berbeza , pelindungan kalis air 50 meter, NFC, Bluetooth 5.0 BLE dan sebagainya.

image is not available

Dalam perkembangan berbeza, Amazfit turut mengacah kehadiran dua lagi jam tangan pintar terbaru di laman Facebook rasminya. Ia dikenali sebagai Amazfit GT2 Mini dan Amazfit GT2 E. Info lanjut mengenai peranti masih tidak diketahui lagi, namun imej acah yang dikongsi memperlihatkan rekaan yang sama seperti Amazfit GTS 2e dan GTR 2e. Ia bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan adakah model yang sama atau sebaliknya.

image is not available
Amazfit GTS 2 dan GTR 2

Sekadar selingan, bagi anda yang berminat untuk membeli Amazfit GTS 2 dan Amazfit GTR 2 pula. Kedua-duanya boleh dibeli pada harga RM699 untuk seunit menerusi sejumlah platform berbeza termasuklah Lazada dan Shopee.