MKN nafi kuat kuasa PKP di Kedah mulai esok

LocalPolitics
17 Jan 2021 • 8:46 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 17 JAN: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah bermula esok sehingga 31 Januari ini, seperti yang tular di media sosial.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada 11 malam tadi.

Sehubungan itu, MKN meminta orang untuk tidak menularkan maklumat tidak sahih, yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam.

– BERNAMA

The post MKN nafi kuat kuasa PKP di Kedah mulai esok appeared first on Selangorkini.