Astro & Broadband Menawarkan Internet 100Mbps Dan 106 Saluran Pada Harga Serendah RM6 Sehari

TechnologyDigital
11 Jan 2021 • 11:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Astro & Broadband hari ini mengumumkan kempen #WhateverFromHome mereka yang menawarkan internet jalur lebar rumah pada kelajuan 100Mbps dan akses kepada 102 saluran Astro pada harga bermula RM6 sehari.

image is not available

Menerusi pakej ini pelanggan bukan sahaja dapat menikmati kelajuan Internet yang pantas di rumah tetapi turut menstrim lebih 60,000 kandungan VOD Astro dalam satu pakej lengkap. Kandungan secara langsung seperti siaran Liga Perdana Inggeris dan Muzikal Lawak Superstar 2 juga boleh ditonton menggunakan kotak 4K TV Ultra Box disamping akses kepada aplikasi Astro Go.

Sempena pelancaran kempen #WhateverFromHome hari ini, 500 pelanggan terawal turut akan menerima sebuah Samsung Soundbar berharga RM799 secara percuma. Untuk terma dan syarat lengkap kempen ini sila ke laman Astro & Broadband menerusi pautan di bawah.