PM umum pakej bantuan khas jam 4 petang ini

18 Jan 2021 • 2:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 18 JAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual membuat pengumuman pakej bantuan khas pada jam 4 petang ini secara langsung melalui stesen televisyen RTM, BERNAMA TV, TV3 dan Astro Awani.

Beliau dijangka mengumumkan pakej bantuan itu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat dilaksanakan di negara ini.

Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri untuk tempoh 14 hari bermula 13 Januari sehingga 26 Januari.

Kerajaan turut melaksanakan PKP di seluruh Kelantan dan juga Sibu, Sarawak bermula 16 Januari berikutan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di kawasan itu.

image is not available

The post PM umum pakej bantuan khas jam 4 petang ini appeared first on Selangorkini.