Tesla Mengemaskini Kokpit Model S dan X Dengan Tri-Skrin Dan Stereng Kapal Terbang

TechnologyDigital
29 Jan 2021 • 1:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tesla Model S dan Model X adalah antara tiga model kereta elektrik yang ditawarkan. Kerana usianya yang sudah agak lanjut, rekaan kokpit kereta yang ditawarkan sekarang kelihatan kuno apabila dibandingkan dengan Model 3. Oleh itu Tesla telah mengemaskini rekaan kokpit kedua-dua kenderaan untuk kelihatan lebih futuristik.

image is not available

Perubahan pertama ialah pada rekaan stereng. Dahulunya ia adalah berbentuk bulat tetapi kini meminjam dari sistem kawalan kapal terbang. Dua pemegangan sisi disertakan dengan dua butang kawalan fizikal diletakkan pada bahagian tengah.

image is not available

Skrin tengah utama sebesar 17″ kini diletakkan mendatar dengan resolusi 2200×1300 pixel dan sokongan sesentuh. Ini perubahan besar berbanding skrin menegak yang digunakan terlebih dahulu. Tambah menarik ia disambungkan kepada sistem komputer berkuasa 10 Teraflop yang membolehkan permainan PC kelas tinggi dimainkan.

Skrin pada pemandu pula adalah sebesar 12.3″. Tidak seperti pada Model 3, Model S masih lagi disertakan dengan skrin tersendiri untuk paparan maklumat pemanduan. Akhir sekali ialah sebuah skrin 8″ pada konsol tengah untuk tontonan penumpang. Buat pertama kalinya Tesla memberikan tri-skrin di dalam kabin kereta buatan mereka.

image is not available