Kemasan Sebenar Realme V15 Kini Diperlihatkan Dalam Video Pendek

TechnologyDigital
6 Jan 2021 • 3:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme V15 telah disahkan bakal hadir secara rasmi pada 7 Januari 2021. Terkini, rekaan peranti telah diperlihatkan dengan lebih dekat menerusi sebuah video ringkas. Video berdurasi 30 saat tersebut telah dikongsi oleh pihak Realme sendiri menerusi sebuah entri di laman Weibo.

image is not available

Melaluinya, ia memberi gambaran lebih dekat mengenai kemasan pada peranti dalam dunia nyata. Ia menampilkan kemasan warna cerun dengan hiasan coretan cahaya unik pada panel belakang. Realme turut mendedahkan bahawa panel belakang ini adalah berinspirasikan daripada ikan koi.

image is not available

Jelas kelihatan juga, perkongsian ini sekaligus mengiyakan imej sebenar yang tertiris sebelum ini. Perubahan lain juga dapat dilihat pada rekaan kamera utama, di mana tiada lagi bonggol kamera yang terlalu ketara. Kemudian, rekaan pada sokongan LED Flashnya juga kini hadir dalam bentuk memanjang.

Dalam entri yang berasingan, Realme turut mengacah ianya akan hadir dengan dua pilihan warna berbeza. Selain itu, Ketua Pegawai Pemasaran Realme iaitu Xu Qi Chase turut mengesahkan bahawa Realme V15 akan didatangkan dengan pengecas 65W bersama-sama dalam kotak pembelian.

Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut mengenai peranti pintar ini.