Nazri Aziz positif Covid-19, dirawat di hospital Kota Bharu

19 Jan 2021 • 2:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 19 JAN: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan beliau positif Covid-19 menerusi ujian calitan yang dibuat semalam.

Bekas menteri itu berkata beliau yang kini berada di Kelantan, membuat ujian calitan Covid-19 di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu selepas seorang blogger, Zaharin Mohd Yasin yang hadir pada sidang media beliau di ibu negara pada 12 Jan lalu disahkan dijangkiti.

“Semalam, selepas saya tahu dia (Zaharin ) positif, saya segera ke hospital untuk buat ujian dan bila dapat keputusan positif, saya terus menjalani kuarantin di hospital itu.

“Saya okey, cuma ada batuk-batuk sikit semalam tapi dah bertambah baik,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ketika ditanya mengenai isterinya Datin Seri Haflin Saiful Azhar dan anak mereka, Mohamed Nazri berkata: “Mereka OK (baik) sahaja.”

-BERNAMA

The post Nazri Aziz positif Covid-19, dirawat di hospital Kota Bharu appeared first on Selangorkini.