Baru Dilancarkan Di Malaysia, Xperia 5 ii Kini Ditawarkan Pada Harga Diskaun, Termasuk Xperia 1 ii

TechnologyDigital
6 Jan 2021 • 9:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony baru sahaja menawarkan dua telefon baru untuk pasaran tempatan, iaitu Xperia 1 ii pada bulan November 2020 lepas, dan diikuti dengan Xperia 5 ii pada bulan Disember. Bagi anda yang berhasrat mendapatkannya, tetapi masih belum membeli, kini berita baik untuk anda.

Sony Malaysia melalui laman rasmi, kini menawarkan diskaun 2% untuk Xperia 5 ii, dan juga sebanyak 7% untuk Xperia 1 ii.

Dengan perubahan ini, kini pengguna boleh mendapatkan Xperia 5 ii yang berharga RM4099, pada harga RM3999. Sementara Xperia 1 ii yang berharga RM4999 pada harga RM4649. Menariknya juga, harga jualan di kedai rasmi Sony di Shopee menyenaraikan Xperia 1 ii pada harga RM4599.

Bagi anda sendiri, dengan harga diskaun selepas hanya sebulan, adakah anda akan menantikan harganya turun lagi, atau akan membelinya terus pada hari ini?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved