Jom tebus baucar pelancongan Selangor RM200

6 Jan 2021 • 1:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 6 JAN: Orang ramai boleh mula menebus baucar pelancongan Selangor bernilai RM200 mulai 8 Januari ini.

EXCO Kerajaan Tempatan berkata rakyat diminta mengambil peluang berkenaan dan terokai pelbagai tempat menarik di negeri ini.

“Jom, Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu! Kerajaan Negeri bagi baucar pelancongan RM200. Tebus segera dan terokai destinasi percutian menarik serta unik di negeri ini,” kata Ng Sze Han di Facebook.

Baucar boleh ditebus menggunakan platform e-dompet Lazada dan Touch ‘n Go.

Pada 13 Julai lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan 10,000 subsidi baucar pelancongan bernilai RM2 juta yang boleh ditebus di hotel, taman tema dan inap desa berlesen.

Inisiatif itu antara langkah menggalakkan rakyat Malaysia melancong ke negeri ini sekali gus merancakkan semula sektor pelancongan yang terjejas akibat Covid-19.

image is not available

The post Jom tebus baucar pelancongan Selangor RM200 appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved