Pengguna Samsung Kelak Boleh Memilih Google Discovery Sebagai Ganti Samsung Daily

TechnologyDigital
5 Jan 2021 • 12:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengguna peranti Samsung selama ini terpaksa berpuas hati dengan skrin Samsung Daily yang diletakkan pada kiri skrin perumah. Ini berbeza dengan skrin Google Discovery yang boleh diakses oleh pengguna peranti Android lain. Berita baik bagi mereka yang lebih menggemari Google Discovery ialah pilihan akan diberikan kepada pengguna Galaxy S21 menerusi One UI 3.1.

Menerusi video Jimmy is Promo yang terkini, beberapa ciri terbaru yang akan diperkenalkan pada Galaxy S21 (dan One UI 3.1) ialah pilihan di antara Google Discovery atau Samsung Free untuk skrin kiri perumah. Turut dapat dilihat ialah tetapan video yang boleh dilakukan terus dari skrin hadapan aplikasi kamera dan sokongan rakaman 8K 24p.

image is not available

Pengguna juga boleh mengaktifkan tiga kamera serentak pada viewfinder sebelum melakukan rakaman video dari dua kamera serentak. Ini ialah antara ciri menarik yang diumumkan ketika pelancaran Snapdragon 888 yang dilengkapi tiga ISP.

image is not available

Terdapat juga pilihan untuk pengguna memulakan kerja pada satu peranti Samsung sebelum menyambungnya pada sebuah lagi peranti Samsung yang dimiliki dengan lebih mudah. Cir salin tampal rentas peranti juga disokong.

image is not available

Akhir sekali pengguna boleh memilih video latar belakang untuk setiap panggilan telefon yang diterima. Ia boleh diberikan kepada setiap individu dalam buku alamat peranti. Samsung Galaxy S21 akan dilancarkan pada 14 Januari ini dan seperti biasa ciri terkini One UI 3.1 pastinya akan diberikan kepada peranti lain dalam masa terdekat.