WhatsApp Berkongsi Bagaimana Mereka Menggunakan Data Pengguna Untuk Produk Facebook

TechnologyDigital
6 Jan 2021 • 3:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada tahun 2014, WhatsApp akhirnya menjadi milik Facebook sepenuhnya. Selepas itu, pelbagai spekulasi, teori konspirasi dan pelbagai lagi berita mengenai Facebook boleh mengintip pengguna WhatsApp, mencuri data dan pelbagai lagi. Tetapi walaupun WhatsApp sudah dibeli oleh Facebook, permsesejan dalam WhatsApp disulitkan agar pekerja WhatsApp sendiri tidak dapat akses.

image is not available

Terkini, WhatsApp telah berkongsi kepada umum bagaimanakah mereka menggunakan data yang diperoleh untuk produk-produk Facebook. Menurut WhatsApp, data yang digunakan hanya untuk meningkatkan lagi kehebatan infrastruktur mereka dan sistem penghantaran. Kemudian data turut digunakan untuk tujuan keselamatan, sekuriti dan integriti dalam Facebook seperti menentang spam, aktiviti penipuan dan pelbagai lagi.

Tidak lupa juga yang WhatsApp turut menggunakan data pengguna untuk mencari rakan yang mungkin dikenali pengguna, cadangan kepada pengguna dan banyak lagi. Maklumat lanjut mengenai penggunaan data ini boleh dibaca di polisi privasi WhatsApp di sini.