ADN sumbang mesin kacau dodol, bantu penduduk jana pendapatan

2 Jan 2021 • 11:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 2 JAN: Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang menyumbang mesin kacau dodol kepada penduduk Kampung Nelayan, Telok Gong bagi menjana pendapatan baharu, kelmarin.

Azmizam Zaman Huri berkata sumbangan berkenaan membolehkan golongan ibu menghasilkan produk dodol untuk ditempatkan di pasaran.

“Ini sebagai usaha membantu penduduk menjana sumber pendapatan selepas berlakunya pandemik Covid-19.

“Kita mahu bantu penduduk meningkatkan ekonomi keluarga dan sekitar. Diharap sumbangan ini akan memberi semangat kepada penduduk,” katanya menerusi Facebook Pusat Khidmat Masyarakat N46 Pelabuhan Klang, malam tadi.

 

The post ADN sumbang mesin kacau dodol, bantu penduduk jana pendapatan appeared first on Selangorkini.