Anda Kini Boleh Pohon Baucar RM200 Untuk Membeli Peralatan Elektronik Rumah

TechnologyDigital
4 Jan 2021 • 9:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada Belanjawan 2021 yang lepas, kerajaan telah mengumumkan Program SAVE 2.0 yang memberikan e-Rebat sebanyak RM200 untuk membeli alat peralatan elektronik cekap tenaga buatan. Selari dengannya, kini anda boleh membuat pemohonan untuk baucar berkenaan melalui platform Shopee.

image is not available

Melalui program e-rebat RM200 ini, kerajaan mengalakkan pembelian peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Dengan langkah ini, ia bukan sahaja mempopularkan penggunaan barangan elektronik cekap tenaga, selain pada masa yang sama turut membantu menaikkan penggunaan produk buatan tempatan.

Penebusan ini juga berdasarkan bil TNB, dan terhad satu penebusan untuk satu akaun TNB.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat permohonan melalui laman Shopee khusus, dan terbuka kepada warganegara Malaysia dan pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5 Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.

Selepas melakukan permohonan melalui Shopee, anda akan dimaklumkan berkenaan status permohonan dalam masa 14 hari bekerja, dan seterusnya kredit RM200 e-Rebat akan diasukkan dalam Shopee Wallet selepas ia diluluskan.

Mohon : Shopee Program Save 2.0