OnePlus Band Bakal Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 11 Januari 2021

TechnologyDigital
9 Jan 2021 • 7:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ura-ura mengenai Oneplus dalam perancangan untuk hadir dengan gelang tangan pintar tersendiri telah didengari sejak beberapa minggu lalu. Perkara itu ternyata benar selepas gelang tangan pintar tersebut mula diacah oleh pihak OnePlus sendiri, selain turut didapati tersenarai di laman Amazon, tempoh hari.

image is not available

Enggan terus berteka-teki, OnePlus menerusi satu ciapan di Twitter kini mengesahkan bahawa gelang tangan pintar ini bakal diperkenalkan secara rasmi pada minggu hadapan, iaitu 11 Januari 2021. Turut kelihatan, OnePlus telah memuat naik poster pelancaran menerusi ciapan tersebut – sekaligus mendedahkan nama rasmi produk iaitu OnePlus Band.

image is not available

Buat masa ini, maklumat berkaitan spesifikasi yang diketahui masih agak terhad. Di mana, OnePlus Band disahkan hadir dengan pengimbas nadi 24 jam, fungsi pemantauan pola tidur, sokongan 13 mod sukan berbeza, pelindungan kalis air dan debu, kebolehan mengawal muzik dan ketahanan bateri sehingga 14 hari. Untuk penawaran lebih lanjut, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak.