Jangkitan Covid-19 kembali rekod lepasi 4,000 kes

20 Jan 2021 • 7:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 20 JAN: Jangkitan Covid-19 kembali merekodkan angka melepasi 4,000 dengan catatan 4,008 kes hari ini selepas mencatat 4,029 kes pada Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata daripada kes baharu itu 4,003 merupakan kes tempatan dan 5 kes import.

“Terdapat 2,374 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada jangkitan ialah 127,662.

“Manakala seramai 246 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 96 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah terdapat 11 kematian direkodkan iaitu empat di Selangor, masing-masing tiga di Sabah dan Johor serta satu di Sarawak melibatkan sembilan warganegara dan dua bukan warganegara.

image is not available

image is not available

The post Jangkitan Covid-19 kembali rekod lepasi 4,000 kes appeared first on Selangorkini.