DALAM situasi negara masih berdepan ancaman pandemik -19, alat bagi tujuan memudah cara pendidikan seperti capaian internet dan gajet, sudah menjadi keperluan asas dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Bagaimanapun capaian internet yang kurang memuaskan merupakan cabaran terbesar kepada ibu bapa bagi memastikan PdPR berjalan lancar.
Tambahan pula untuk melanggan pakej internet di rumah pastinya memerlukan komitmen bulanan yang tinggi dan bukan semua masyarakat hari ini mampu untuk mendapatkannya.
Oleh itu, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fizie Joe berkongsi bagaimana cara dia berjimat menggunakan internet yang dikongsikan mereka satu keluarga.
“Memandangkan internet adalah satu keperluan pada masa ini, jadi hari ni abang nak kongsi cara abang menggunakan internet di rumah. Apa yang penting jimat!
“Abang ada empat orang anak yang bersekolah, campur abang suami isteri ada enam orang yang menggunakan telefon pintar dalam rumah. Kalau semua nya abang nak top-up belikan internet, boleh botak tengah kepala abang.
“Kenapa abang tak langgan unifi streamix atau pakej langganan lain yang ada ditawarkan Jawapan nya sebab mahal.. Paling murah pun RM89 sebulan betul? Abang punya cara selagi boleh jimat, kena berjimat,” tulisnya di Facebook.
Menurut Fizie, solusinya adalah Moden WiFi Modified Unlimited!
“Mungkin kaki gamers, kaki netflix dan yang lain-lain dah tau. Tapi abang nak share pada korang terutamanya ibubapa di luar sana yang masih tercari-cari cara mudah dan murah untuk menggunakan internet di rumah.
“Korang hanya perlu beli sebuah modem WiFi Modified Unlimited dan daftar sekeping sim kad prepaid yang menawarkan internet bulanan unlimited.
“Modem WiFi ini ada dijual di shopee atau lazada tapi korang kena pastikan modem WiFi tersebut adalah Modified Unlimited.
“Kena ingat keyword ‘modified unlimited’ tu. Jangan sampai tersalah beli yang bukan modified unlimited. Kalau tak rugi sahaja nanti,” pesannya lagi.
Sementara itu Fizie juga turut menyenaraikan model-model modem WiFi modified unlimited yang boleh dibeli secara online dalam platform e-dagang yang terpilih.
Anggaran harganya pula adalah sekitar RM150 sehingga RM190. Ia tak mahal dan juga mampu milik. Antara model yang boleh dibeli adalah seperti :
- RS980
- RS860
- CP2002+
- CP2003+
- CP2004
- R9+
Apa yang bagusnya modem wifi Modiied Unlimited ni?
Modem WiFi ni korang boleh masukan sim kad prepaid yang ada langganan unlimited internet. Sim kad prepaid unlimited kalau korang guna pada smartphone tak boleh buat hotspot, betul tak?
Kalau boleh buat hotspot pun ada limit data dalam 2GB sahaja, tapi bila sim kad itu masuk dalam modem wifi modified unlimited secara automatik ia boleh berkongsi internet.
Tambahan pula modem WiFi itu juga mampu dikongsikan maximum 30 pengguna dalam satu masa.
Kalau korang nak connect android box TV pun boleh, capaian internet nya stabil berbanding portable WiFi yang saiz lebih kecil.
Antara sim kad yang boleh bersesuaian untuk diguna pakai oleh modem WiFi modified unlimited adalah seperti:
- Hotlink unlimited RM35/3mbps & RM45/6mbps
- Celcom unlimited RM35/3mbps
- Digi unlimited RM35/3mbps, daily unlimited RM1
- Umobile 30,38,68,99,139
- Yes konfom 4G unlimited 30,40
- Celcom mega unlimited 98,148
- Webe/unifi band 5,38,40
- Tunetalk unlimited RM48/6mbps
- Halo telco unlimited RM48/6mbps
- Yoodo RM35/3mbps & RM43/6mbps
- Tonewow
Kesimpulannya, korang hanya perlu keluarkan modal sekali je dalam RM150-RM190 untuk beli modem wifi tu, lepas tu korang cuma perlu maintain top-up untuk langganan internet sahaja.
Mudah bukan? Tak perlu komitmen bulanan atau ikatan perjanjian kontrak untuk mana-mana syarikat perkhidmatan komunikasi. Top-up dan boleh guna!
Semoga bermanfaat!
Esok bermula lah sesi persekolahan untuk tahun 2021.. Seperti yang semua tahu sesi persekolahan dalam tempoh PKP ini…
Posted by Fizie Joe on Monday, 18 January 2021
The post Jimat dengan modem WiFi Modified Unlimited, lelaki ini kongsi cara bijak! appeared first on Sinar Plus.

