Manfaat penuh pusat latihan, lahir belia berkemahiran tinggi

4 Feb 2021 • 3:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM. 4 FEB: Dua pusat latihan di negeri ini akan dimanfaat sepenuhnya bagi melahirkan belia berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang.

EXCO pemberdayaan pekerja berkata langkah itu dapat memastikan golongan tersebut dilengkapi ilmu mencukupi sebelum memasuki alam pekerjaan yang lebih mencabar.

V Ganabatirau memaklumkan dua lokasi dikenal pasti meliputi Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi Shah Alam.

“Kita akan penuhkan kapasiti pusat latihan itu untuk lahirkan lebih ramai belia mahir. Kemudahannya ada cuma kita perlu rancang kaedah terbaik,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihaknya turut merangka kursus jangka pendek dalam sektor pembinaan antara dua minggu hingga dua bulan yang menjamin peluang kerja.

 

 

The post Manfaat penuh pusat latihan, lahir belia berkemahiran tinggi appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved