Gangguan seks: Anggota polis dikeluarkan daripada tugas sekatan jalan raya

15 Feb 2021 • 4:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Seorang anggota polis yang disyaki terlibat dengan dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita semasa sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Duta, di sini, dikeluarkan daripada penugasan SJR.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata anggota polis berkenaan sedang diambil tindakan lanjut.

“Tindakan awal yang diambil adalah mengeluarkan anggota polis terlibat kes ini daripada penugasan SJR dan tidak digantung tugas,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata suspek ketika ini sedang melakukan penugasan di bahagian pentadbiran sementara siasatan kes ini berjalan.

Semalam, tular di media sosial seorang wanita dalam ciapan Twitternya mendakwa dia mengalami gangguan seksual ketika melalui sekatan di Jalan Duta.

– BERNAMA

The post Gangguan seks: Anggota polis dikeluarkan daripada tugas sekatan jalan raya appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved