Apple TV+ Kini Ditawarkan Pada Google TV

TechnologyDigital
19 Feb 2021 • 1:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini mengumumkan, pengguna Google TV di peringkat global kini boleh mula menikmati aplikasi Apple TV – termasuk Apple TV+. Pengguna yang menggunakan peranti Google TV, termasuk “Chromecast with Google TV” boleh menikmati aplikasi Apple TV ini.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus akan memudahkan pengguna sedia ada dengan peranti Google TV untuk menikmati pelbagai kandungan eksklusif yang ditawarkan melalui Apple TV+.

Bagi anda yang menggunakan Google TV, boleh menyemak penawaran Apple TV melalui tab Apps, atau pada bahagian For You Tab bermula hari ini.

View Original Article