Aktiviti sukan, kolam pancing, institut memandu dibenar mulai esok

11 Feb 2021 • 7:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 11 FEB: Premis perniagaan berkaitan aktiviti memancing seperti kolam pancing, pelantar pancing, rumah rakit dan bot memancing dibenarkan beroperasi semula mulai esok dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan juga setuju membenarkan institut latihan memandu dan pusat latihan penerbangan beroperasi semula, selain gimnasium, dewan badminton dan padang golf.

“Kerajaan sebelum ini telah benarkan aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup di bawah sektor perikanan, namun kita terima banyak rayuan melibatkan pengusaha-pengusaha kolam pancing, ‘houseboat’ dan bot memancing ini yang hilang mata pencarian,” katanya dalam sidang media mengenai PKP hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata kesemua pembukaan sektor ini diputuskan selepas penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.

The post Aktiviti sukan, kolam pancing, institut memandu dibenar mulai esok appeared first on Selangorkini.