Wanita ini kongsi rahsia kejayaan Ustaz Ebit Lew yang mungkin ramai tak tahu

3 Feb 2021 • 1:52 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BARANGKALI semua sudah mengenali siapakah Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan sikapnya yang sangat pemurah dan sanggup membantu golongan memerlukan.

Banyak kisah beliau yang dikongsikan dalam media sosial. Beliau dan krunya sanggup datang bersusah payah untuk menghulurkan sumbangan sehingga ke ceruk tempat sekalipun. Terbaharu, kisah bantuannya di Semporna, Sabah yang cukup mengharukan.

Pun begitu, pasti ramai tertanya-tanya apakah amalan beliau yang mampu berjaya dalam dunia dakwah dan perniagaan sehingga melihat rezekinya tidak putus-putus?

image is not available

Seorang wanita yang juga bekas rakan sekerja Ustaz Ebit, Noor Laila Aniza Zakaria berkongsi cerita mengenai rutin dan praktis sahabat baiknya selama empat tahun bekerja di bawah satu bumbung.

Sebelum itu, ujar beliau, Ustaz Ebit dulu seorang yang hidup susah dan sering ditertawakan. Namun, selepas itu, dengan izin ALLAH SWT, DIA menganugerahkan kekayaan kepada penceramah itu yang bukan sedikit.

image is not available

Berikut antara amalan Ustaz Ebit seperti yang dikongsikan wanita itu:

image is not available Rajin sangat-sangat usaha.
image is not available Qailulah.
image is not available Cara tidur ikut sunnah Nabi.
image is not available Selalu belanja kami.
image is not available Senyum setiap hari.
image is not available Menangis apabila berdoa.
image is not available Solat dhuha 6 rakaat dan lebih.
image is not available Solat jemaah di masjid dan bersiap awal ke masjid tanpa gagal.
image is not available Berbuat baik dengan isteri tanpa gagal.
image is not available Amalan memberi hadiah buat isteri.
image is not available Berbuat baik dengan mak ayah, adik beradik termasuk keluarga mertua.
image is not available Keluar berdakwah.
image is not available Amalan doa khusus.

Menurut Noor Laila Aniza lagi, semua amalan tersebut nampak seperti biasa-biasa dan ramai juga sudah mengamalkan tip sama, tetapi ada satu lagi amalan yang membuatkan Ustaz Ebit sungguh luar biasa.

“Beliau amalkan memaafkan orang dan meminta maaf. Sentiasa amalkan amalan memberi walaupun ketika itu dirinya sendiri tidak mencukupi. Amalan itu beliau buat dengan bersungguh-sungguh.

image is not available

“Bagi saya, itulah amalan yang paling mahal yang ada pada beliau. Ada satu lagi doa yang beliau selalu amalkan setiap kali berjumpa dengan sesiapapun iaitu “Ya ALLAH, berikan saya sedikit kebaikan yang ada padanya,” tulisnya lagi.

Hebat bukan? Jadi tidak hairanlah, mengapa perjalanan kehidupan seorang yang bernama Ebit Lew sentiasa lancar, sentiasa menjadi seorang pemurah, berkongsi kesenangan dan kelihatan tenang selalu.

Apa lagi? Jom contohi dan sama-sama amalkan amalan Ustaz Ebit supaya rezeki kita lebih murah dan dirahmati ALLAH. Amin image is not available

The post Wanita ini kongsi rahsia kejayaan Ustaz Ebit Lew yang mungkin ramai tak tahu appeared first on Sinar Plus.