Makan di restoran dibenarkan, ikut SOP – menteri

9 Feb 2021 • 5:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 9 FEB: Pelanggan boleh makan di dalam restoran, terhad dua orang satu meja dan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) kuat kuasa 10 Februari (esok).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan SOP berkenaan dalam sidang media mengenai perkembangan PKP hari ini.

Beliau berkata pemilik restoran juga perlu memberi tugasan kepada sekurang-kurangnya seorang pekerja bagi premis yang membenarkan makan di restoran untuk memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis.

Katanya tugasan itu juga bagi memastikan kehadiran pekerja dan pelanggan direkodkan, penjarakan fizikal satu meter semasa berada di premis serta menghadkan bilangan pelanggan berada di premis pada satu-satu masa.

 

The post Makan di restoran dibenarkan, ikut SOP – menteri appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved