Kim Bo-kyung meninggal dunia akibat kanser

Entertainment
6 Feb 2021 • 4:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON popular Korea Selatan, Kim Bo-kyung dilaporkan meninggal dunia pada 1 Februari lalu selepas hampir 11 tahun menderita kanser hati.

Memetik laporan Hankook Ilbo, Bo-kyung, 44, selamat dikebumikan di tempat kelahirannya, di Busan, pada Jumaat.

Bo-kyung yang merupakan lulusan Seoul Institute of the Arts itu mula menceburi bidang lakonan pada tahun 1998 menerusi filem Naked Being, ketika berusia 22 tahun.

Namanya semakin dikenali selepas membintangi deretan filem dan drama seperti The Epitaph, Behind The White Tower, The Day He Arrives, Blood dan banyak lagi.

The post Kim Bo-kyung meninggal dunia akibat kanser appeared first on Sinar Plus.