SHAH ALAM, 28 FEB: Orang ramai dijemput untuk menonton pelbagai persembahan kebudayaan secara langsung menerusi Facebook Rentak Selangor 2021, malam ini.
Program yang bermula dari jam 8.30 malam turut boleh ditonton menerusi saluran YouTube Rentak Selangor .

Sebelum ini, EXCO Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah berkata, program Rentak Selangor buat julung kalinya dianjurkan secara digital pada hari ini.
Jelasnya, usaha itu dijalankan bagi membantu mempromosi kepelbagaian seni dan budaya Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
The post Tonton persembahan kebudayaan secara langsung di FB Rentak Selangor malam ini appeared first on Selangorkini.
