Penyampai Radio Terlibat Video Kontroversi Gelakkan Guru Sah Berhenti Kerja

23 Feb 2021 • 11:26 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memperlihatkan reaksi seorang penyampai radio yang memperlekehkan seorang guru Sains yang sedang mengajar di dalam sebuah slot program TV Pendididikan, DidikTV.

Tindakan individu berkenaan kemudiannya menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia dengan rata-ratanya menyifatkan dia bersikap biadap dan langsung tidak menghormati guru terbabit.

Mengambil serius isu tersebut, pihak pengurusan stesen radio tempat dia berkerja kemudiannya bertindak menggantung tugas penyampai radio berkenanan dan menjalankan siasatan dalaman berhubung isu terbabit.

Terbaru, menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook malam tadi, 22 Februari 2021 pihak Hitz memaklumkan pihak mereka sudah pun menerima perletakan jawatan penyampai radio tersebut berkuatkuasa pada hari yang sama.

” Berikutan siasatan dalaman berhubung kontroversi membabitkan seorang penyampai radio kami, kami telah menerima perletakan jawatan beliau berkuatkuasa 22 Februar 2021″ tulis kenyataan berkenaan.

Buat anda dan kami, kontroversi yang berlaku ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat kita semua selaku pengguna media sosial agar lebih berhati-hati di atas setiap kata-kata dan tingkah laku kita semasa berada di dunia maya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved