Realme Game Pro Kit Diperkenalkan – Kipas Penyejuk, Alat Kawalan, Dan Sarung Jari

TechnologyDigital
24 Feb 2021 • 4:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme hari ini turut memperkenalkan kit khusus untuk para peminat permua bersama pengenalan peranti baharu mereka, dinamakan Realme Game Pro Kit.

image is not available

Melalui Realme Game Pro Kit ini, sebanyak tiga aksesori ditawarkan.

image is not available

Yang pertama adalah Realme Cooling Back Clip, yang memfokuskan untuk menyejukkan peranti ketika anda sedang menikmati permua untuk tempoh yang lama. Ia boleh dipasang pada bahagian belakang telefon pintar, dan turut hadir dengan pencahayaan RGB. Realme mengatakan ia mampu memastikan peranti pada suhu sekitar 25°C walaupun selepas sekitar 40 minit penggunaan.

image is not available

Yang kedua adalah Realme Mobile Gaming Controller, yang mana merupakan alat kawalan permainan tambahan untuk telefon pintar, yang hadir dengan beberapa kekunci pintas.

Dan akhir sekali, Realme turut memperkenalkan sarung jari tersendiri dinamakan Realme Mobile Game Finger Sleeves.

image is not available

Ketiga-tiga ini telah sedia diumumkan untuk pasaran India sahaja buat masa ini.