Pendekatan Selangor depani Covid-19 jadi rujukan agensi persekutuan

23 Feb 2021 • 8:42 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 23 FEB: Pendekatan Selangor mendepani perebakan Covid-19 menjadi ikutan agensi persekutuan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata negeri ini terawal melaksanakan tatacara operasi piawai (SOP) di pusat kuarantin sebelum turut dilaksanakan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pusat kuarantin di negeri lain pada awalnya tiada SOP, tetapi Selangor ada laksana SOP dan akhirnya SOP kita turut digunakan MKN.

“Unit Pengurusan Bencana Negeri juga menjadi rujukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan sebahagian modus operandi agensi ini mengambil contoh dari Selangor,” katanya memetik wawancara edisi khas Kita Selangor: Tempur Covid-19.

Beliau berkata Selangor negeri pertama membuka pusat penjagaan di hospital untuk menempatkan anak petugas hadapan.

“Selain itu dalam kesibukan petugas hadapan, Kerajaan Negeri memikirkan bentuk sokongan yang boleh diberikan, jadi kita tubuhkan pusat penjagaan untuk anak mereka.

“Inisiatif mewujudkan pusat jagaan antara buah fikiran diberikan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC),” katanya.

Pada 20 Januari, Dato’ Menteri Besar mengumumkan Pakej Kita Selangor yang memperuntuk RM1 juta untuk menjayakan Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan.

Amirudin berkata usaha itu melibatkan pembukaan taska serta pusat jagaan sementara di hospital awam juga premis sementara yang memberi manfaat hampir 400 keluarga petugas hadapan di seluruh negeri.

The post Pendekatan Selangor depani Covid-19 jadi rujukan agensi persekutuan appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved