“Puas Hati Kutip” Modal Tak Sampai RM10, Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Hapuskan Lipas Dalam Kereta

10 Feb 2021 • 12:15 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sebut sahaja perkataan lipas, sudah cukup membuatkan kita rasa geli geleman. Baik wanita mahupun lelaki, tiada manusia yang sukakan serangga perosak berkaki empat ini.

Meskipun lebih sinonim dilihat di kawasan kediaman khususnya kawasan kotor, lembap dan gelap, namun lipas juga suka berkeliaran dan bersarang di dalam kereta.

Tak syok bukan?

image is not available
Cockroaches on the steering wheel of the car. Concept of eliminating cockroaches that are pathogens

Buat mereka yang takutkan lipas, jika bertemu serangga ini di luar atau di rumah mungkin boleh la kita capai penyembur serangga atau sekurang-kurangnya lari menjauhinya kan? Tapi kalau dalam kereta nak buat macam mana pula?

Jadi langkah terbaik yang boleh dilakukan adalah menghapuskannya. Nak tahu bagaimana? Jom ikuti perkongsian yang dilakukan seorang pengguna Facebook ini, Khushairi Burhanuddin di grup Facebook ‘Tukang apa hari ini’

Hanya perlu habiskan RM7.90

image is not available

Menurut Khushairi, dia mempunyai anak kecil jadi makanan ringan kerap tertumpah di dalam keretanya. Keadaan pastinya menarik perhatian lipas dan kaum keluarganya yang sentiasa mahukan makanan.

Hanya sembur bawah seat

Bagi mengatasi masalah ini, dia kemudian telah membeli penyembur serangga jenis Vape dari jenama Fumakilla dan akan menyemburnya beberapa das di bawah tempat duduk kereta sebelum tidur.

image is not available

“Saya beli fumakilla vape ni dekat speedmart. RM7.90 lebih kurang. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur.

Dan ini hasilnya

image is not available



“Pagi-pagi collect hasil. Puas hati kutip sekor-sekor. Banyak juga saya jumpa yang tengah bertelur nak meluaskan ummah lipas,” katanya
.

Jadi buat anda yang mempunyai masalah sama mungkin boleh menggunakan tips yang dikongsikan sahabat kita ini.