SPR Dilaporkan Sedang Menyiasat Dakwaan Kebocoran Data 10 Juta Rakyat Daripada Senarai Daftar Pengundi

TechnologyDigital
11 Feb 2021 • 11:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Akhir-akhir ini, kita telah mendengar beberapa dakwaan berkaitan kebocoran data peribadi orang ramai. Terbaru, melalui Harian Metro, pihak Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dilaporkan telah menerima laporan berhubung dakwaan kebocoran data peribadi orang ramai daripada senarai daftar pengundi pilihan raya.

Dakwaan tersebut mengatakan data sebanyak 10 juta rakyat terlibat, dan perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPR menerusi jabatan undang-undang dikatakan sedang menyiasat berkenaan perkara ini.

image is not available

Untuk makluman, seperti dilaporkan oleh Lowyat, Daftar Pemilih untuk Pilihan Raya sedia ditawarkan sendiri oleh pihak SPR. Ia tidak diketahui dimanakah kebocoran ini berlaku, dan perlu nantikan pihak SPR untuk berkongsi lanjut mengenainya.

Buat masa ini, SPR dilihat masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan dakwaan kebocoran data pengundi ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved