Pas Kesihatan Perjalanan Digital Malaysia Airlines Membolehkan Perjalanan Udara Selamat Semasa Pandemik

TechnologyDigital
25 Feb 2021 • 4:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Berhad (MAB) berkongsi perancangan untuk hadir dengan pas kesihatan perjalanan digital. Ia difahamkan sebagai salah satu langkah bagi membolehkan orang ramai menikmati perjalanan udara yang selamat sepanjang masa pasca pandemik.

image is not available

Melaluinya, pas ini akan menggabungkan beberapa modul yang telah dibangunkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Kemudiannya, ia turut akan diintegrasikan ke dalam aplikasi mudah alih Malaysia Airlines – sekaligus membolehkan para penumpang membuat pasport digital menerusi aplikasi berkenaan. Pada masa sama, para penumpang juga boleh membuat temujanji dengan pihak perubatan yang disahkan untuk menjalankan ujian COVID-19 RT-PCR atau memasukkan sijil vaksinasi COVID-19 pada telefon pintar.

image is not available

Bukan itu sahaja, pas tersebut juga akan berkongsi status “OK to Travel” seandainya para penumpang yang telah memenuhi semua syarat untuk penerbangan. Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata, kaedah ini diharapkan dapat memberi keyakinan semula kepada para penumpang dan pada masa sama, dapat menyediakan proses keperluan perjalanan lebih lancar.