Nilai Bitcoin Mencapai RM200,000

TechnologyDigital
14 Feb 2021 • 2:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bitcoin menerima perhatian ramai akhir-akhir ini, dan kini hari ini, kriptowang berkenaan membuat rekod tersendiri apabila mencatatkan nilai RM200,000 buat pertama kalinya.

image is not available

Ia boleh dikatakan Bitcoin mencatatkan peningkatan drastik akhir-akhir ini. Pada Januari lepas, Bitcoin berharga sekitar RM150,000, dan ia memperlihatkan peningkatan lebih RM50,000 dalam sebulan ini sahaja.

Perkara ini selari dengan beberapa perubahan di pasaran, termasuk Elon Musk yang menyatakan sokongan terhadap kriptowang berkenaan, disamping Tesla yang melakukan pembelian Bitcoin bernilai sekitar $1.5 bilion.