ADN sumbang kerusi roda kepada penduduk kurang upaya

7 Feb 2021 • 2:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 7 FEB: Wakil rakyat Batu Tiga baru-baru ini menyumbang empat kerusi roda kepada penduduk sekitar kawasan itu yang berdepan masalah kesihatan.

Rodziah Ismail berkata bantuan itu bagi memudahkan pergerakan mereka berikutan ada yang kehilangan kaki dan tidak lagi mampu berjalan.

“Melihat keadaan itu, kita setuju untuk sumbang peralatan ini dan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, inisiatif itu akan terus dilaksana bagi memastikan kebajikan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga terus terbela.

 

The post ADN sumbang kerusi roda kepada penduduk kurang upaya appeared first on Selangorkini.