Baru-baru ini tular di media sosial mengenai terdapatnya sebuah laman web Maybank2u palsu yang didakwa digunapakai untuk tujuan penipuan. Perkara tersebut telah mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Maybank. Kini, pihak Maybank berkongsi beberapa tips untuk pengguna mengelak daripada ditipu laman web palsu.
(02/04)
Kami menasihatkan anda agar berhati-hati dan sila layari laman web kami dengan menaip https://t.co/DClrIiFmpj pada pelayar. pic.twitter.com/gqprviBpVc
Sehubungan itu, pihak Maybank menasihatkan orang ramai dan juga para pelanggan supaya lebih peka serta berhati-hati. Orang ramai disarankan untuk melayari laman web rasmi dengan menaip maybank2u.com.my pada pelayar. Hal ini kerana, ia lebih selamat berbanding anda menaip ‘Maybank’ atau ‘Maybank2u’ melalui enjin carian. Namun begitu, sekiranya masih mahu berbuat demikian. Pengguna dinasihatkan untuk semak dan teliti URL terlebih dahulu sebelum klik.
Jika berlaku perkara luar jangkaan, misalnya pengguna telah mendedahkan butiran peribadi di laman web palsu secara tidak sengaja. Sila hubungi pihak Maybank dengan kadar segera.
