Guna telefon bimbit permudah bayaran zakat

22 Feb 2021 • 12:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 22 FEB: Orang ramai kini boleh membuat bayaran zakat pendapatan, pelaburan dan perniagaan hanya menerusi telefon bimbit, kata Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi itu berkata menerusi laman portal ezakatpay itu mereka perlu mengikuti empat langkah iaitu mengisi maklumat pembayar seperti nama penuh dan kad pengenalan.

“Langkah lain ialah memilih kaedah bayaran, pilih bank dan terakhir mendapatkan resit bayaran.

“Segalanya makin pantas di dunia ini, termasuk juga cara anda untuk membantu saudara yang memerlukan dalam komuniti kita,” kata LZS menerusi Facebook.

The post Guna telefon bimbit permudah bayaran zakat appeared first on Selangorkini.