SHAH ALAM, 6 FEB: Sebanyak lima lagi kluster baharu membabitkan tempat kerja termasuk sebuah sekolah dikesan di Selangor, kata ketua pengarah kesihatan.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kluster membabitkan kilang iaitu Kampung Baru, Sungai Buloh dan Jalan Banting-Klang, Kuala Langat.
Menurutnya, kluster Gudang Salak Tinggi melibatkan pekerja syarikat perkhidmatan di Bandar Baru Salak manakala Lingkaran Cyber membabitkan pasar raya di Point Timur, Cyberjaya, Sepang.
“Kluster Jalan Kuala Selangor melibatkan sekolah di Tanjong Karang. Setakat ini 87 individu disaring dan 11 disahkan positif.
“Semua kluster ini membabitkan jangkitan terhadap 257 individu setakat hari ini,” katanya menerusi kenyataan.
The post Lima kluster tempat kerja di Selangor, satu babit sekolah appeared first on Selangorkini.



