(Ura-Ura) Realme Mungkin Hadir Dengan Beberapa Aksesori – Termasuk Tetikus Untuk Gaming

TechnologyDigital
12 Feb 2021 • 8:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita sedia tahu, Realme bukan sahaja jenama yang memfokuskan kepada penawaran peranti pintar semata-mata. Bahkan, mereka kini turut mempelbagaikan lagi penawaran untuk produk-produk lain – termasuklah AIOT dan gaya hidup. Terdapat juga desas-desus yang mengatakan mereka bakal meluaskan sayap dalam industri komputer riba dan dijangka hadir sekitar pertengahan tahun ini.

image is not available

Bagaimanapun, ia tidak tidak terhenti di situ. Sebaliknya, muncul pula desas-desus baharu mengatakan Realme mungkin hadir dengan beberapa aksesori memfokuskan gaming pula. Biarpun belum ada kepastian, namun terdapat imej tular memaparkan aksesori berkenaan adalah tetikus tanpa wayar dan pelapik tetikus. Pada masa sama, terdapat satu lagi produk yang masih belum dapat dipastikan mengenainya.

image is not available

Berdasarkan imej tersebut juga, kesemua aksesori ini mungkin diperkenalkan di bawah siri Nazro. Dalam pada itu, ramai pihak yang menyasarkan aksesori ini juga mungkin akan diperkenalkan seiring dengan pengenalan Realme Narzo 30 kelak.

Setakat ini, Realme masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan ini. Jadi, lebih baik sekiranya kita menganggap maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura. Tetapi jika ianya benar, kita boleh menyasarkan penawaran produk Realme akan lebih luas kelak.